Care - Sleep Apnea : Berdengkur Kuat, Tapi Badan Tak Pernah Cukup Rehat | W160

4 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

3 Julai 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi webinar Care yang bertajuk Sleep Apnea iaitu Berdengkur Kuat, Tapi Badan Tak Pernah Cukup Rehat.

Sepanjang webinar ini dijalankan, peserta dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai sleep apnea, iaitu gangguan tidur yang menyebabkan pernafasan terhenti seketika berulang kali semasa tidur. Walaupun individu kelihatan tidur dalam tempoh yang mencukupi, kualiti tidur yang terganggu boleh menyebabkan badan tidak mendapat rehat yang mencukupi.

Secara keseluruhannya, webinar ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai kepentingan menjaga kesihatan tidur. Ilmu yang diperoleh dapat membantu peserta mengenal pasti tanda-tanda awal gangguan tidur serta mengambil langkah yang sewajarnya untuk meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan secara menyeluruh.

Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali